EMAS DAN PERAK, DINAR DAN DIRHAM

Wednesday, 27 April 2011

EMAS DIJANGKA MENCECAH $5000 PADA MASA AKAN DATANG



Artikel oleh James West, MidasLetter.com
19 April 2011

Q:           Apakah  persamaan yang terdapat dalam komen2 para pelabur dari CNBC, George Soros, Warren Buffet dan lain2 lagi terhadap pergerakan harga emas bagi 10 tahun yang lalu??

A:           Mereka semua salah.. hal ini kerana, setiap tahun dalam 10 tahun yang lalu, jika kita masih mendengar informasi sebegitu, kita akan kehilangan wang.. setiap tahun, harga emas akan meningkat. Dua tahun yang lalu, ada yang menjangkakan harga emas akan mencecah $1,000 dan kebanyakan mereka berkata yang tak mungkin harga akan meningkat setinggi itu... Tapi sekarang, lihat apa dah jadi, harga sudah mencecah $1,500 dan semakin meningkat...

                Begitu juga dengan harga bagi silver, yang turut meningkat dan kini, jurang nisbah harga emas dan harga silver semakin berkurangan... Ini menunjukkan bahawa kenaikan herga silver adalah lebih cepat dari harga emas. Setahun yang lalu, nisbah silver kepada emas adalah $63/oz silver  untuk $1/oz emas. Sekarang, nisbah itu telah berkurangan kepada 35:1, yang menunjukkan pengurangan nisbah dalam masa setahun mencecah 50%.

                Dari segi kenaikan harga, pada tahun lepas, harga emasmeningkat sebanyak 26.51%, tetapi bagi silver, kenaikan adalah sebanyak 123.55% yang menjadikannya “Commodity Trade of The Year”. Dari kenaikan yang telah berlaku, perbezaan harga antara emas dan silver semakin berkurangan. Pelabur semakin tertanya2 kemanakah hala tuju harga kedua2 logam berharga tersebut. Adakah satu masa nanti harganya akan bertemu dan menjadi sama bagi setiap gram???

                Ok, mari lihat nisbah kenaikan harga mereka, jika nisbah kenaikan ini berterusan, tidak mustahil bahawa nisbah silver kepada emas akan menjadi 10:1 dalam masa setahun atau 2 tahun lagi. Tapi kalau nak ikut realiti, mungkin bole kurangkan sket...sebab apa, menurut kata John Stephenson’s, penulis buku Little Book of Commodity Investing, dalam kerak bumi, nisbah silver kepada emas adalah 16 kali ganda... Bermakna, nisbah sebenar adalah 16:1

                Kenaikan silver lebih banyak kerana penarikan permintaan dari sektor industri, samada industri elektronik, barang perhiasan, dan lain2.. Maka, jika nisbah silver dan emas menjadi 16:1, kita akan melihat harga emas bakal mencecah $5,000/oz dan silver pada $312.50/oz, dengan nisbah 16:1.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment